March 13, 2011

Saya Pelajar Tingkatan L I M A .

Assalammualaikum semua . Excited gler past kali ni . Act , aku ade masuk contest anjuran Blog Pilihan Malaysia . HAHA . Berangan nak jadi hot bloggers . Tidak apa , aku hanya mencuba . Kawan-kawan aku yang maseh bersekolah tu boleh la join contest ini . Kalau nk join click SINI & ikut syarat-syarat yang ditetapkan . Okay , aku teruskan dengan agenda aku .

waktu tuisyen Matematik Tambahan kelas 4 Perdagangan 2 .

Gambar di atas telah ditangkap oleh Afiqah tahun lepas (2010 ). Mase ini saya dan kawan-kawan kelas 4 Perdagangan 2 baru je habis menghadiri kelas Matematik Tambahan . Sebelum itu saya ingin memperkenalkan diri saya dahulu .

Pengenalan ??

Saya bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur ( SMT KL ) , Cheras . Saya mengambil aliran perdagangan kerana cita-cita saya untuk menjadi usahawan yang berjaya . Pada tahun ini , saya berada di kelas 5 Perdagangan 2 . Sebelum ini saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1) , Putrajaya . Saya berpindah ke sekolah ini untuk mencari pengalaman yang baru , & meragut segala peluang yang ada di depan mata untuk berjaya di masa akan datang . Di samping itu , saya ingin cuba berdikari di asrama tanpa pertolongan ibu bapa di sisi .

Subjek yang diminati ??

Sebenarnya , semua subjek saya suka kerana saya suka mempelajari benda-benda yang baru tetapi saya lebih meminati subjek bahasa . Selain subjek Bahasa Melayu , saya amat meminati subjek Sejarah , Prinsip Perakaunan & Matematik . Saya amat meminati subjek Sejarah kerana saya amat suka untuk mengetahui dan memahami sejarah yang berlaku di Tanah Melayu ( Malaysia ) mahupun di luar negara . Manakala , subjek Prinsip Perakaunan dan Matematik memberikan kepuasan kepada saya apabila saya berjaya menyelesaikan beberapa soalan . Cikgu yang mengajar saya dalam subjek Prinsip Perakaunan ialah Cikgu Azilah . Die seorang yang teliti dalam segala hal & seorang yang tegas . Walaupun subjek Prinsip Perakauanan saya gagal untuk memberi markah yang memuaskan , tetapi saya yakin saya akan mendapat A+ dalam SPM kelak & buktikan kepada cikgu .

Pengalaman manis di sekolah ??

Pengalaman manis di sekolah ini terlampau banyak. Antara kenanagan manis saya di sekolah ini saya menjadi ahli koperasi atau jurujual di Koperasi SMT KL SDN BHD . Saya amat suka akan perniagaan ini kerana ia merupakan satu flatform untuk saya menjadi seorang usahawan yang berjaya & akauntan yang bertauliah . Pada tahun ini , saya telah dilantik menjadi Bendahari 1 di koperasi sekolah . Saya yakin ia akan menambahkan pengalaman saya & memberi kelebihan kepada saya untuk menjadi usahawan kelak . Selain itu , saya mempunyai banyak jawatan-jawatan khas seperti Bendahari Rumah Sukan Beta , AJK Promosi Kelab Sejarah & Ketua Tingkatan 5P2 . Tambahan itu , pengalaman manis saya ialah saya banyak memasuki banyak kelab yang diadakan di sekolah , antaranya Kelab Bimbingan & Kaunseling , Kelab Nasyid & Kelab Kebudayaan .

Di samping itu , kenangan manis saya apabila saya menyertai aktiviti & perkhemahan dianjurkan sekolah . Antaranya , saya menyertai Kem Harimau untuk mendapat lencana Usaha , Maju & Jaya sebelum diiktiraf sebagai Pengakap Diraja . Banyak pengalaman yang menarik untuk saya kongsikan . Antaranya , 'jungle trackking' , belajar mengikat tali , berendam dalam sungai & macam-macam lagi .

Ini saya tunjukkan gambar kenangan manis saya bersama :-



budak koop jage mase junior 2nd intake masuk .




Persembahan Nasyid mase TiKL Talentime (2010)


calon pengakap raja

Itu saja daripada saya .

p/s : Post kali ni nk kukuhkan lagi karangan aku . sebab tu mcm skema je . :D nway , Thanks BPM !

4 comments:

  1. tingkatan lima memang seronok kan? kann??

    meh ke rumah..
    ~damia, tolong lah!~
    keep in touch ye..♥♥♥

    ReplyDelete
  2. prince dtg mlwat...entry yg bagus..:)...jom join contest kat blog prince..hadiah lumayan...

    ReplyDelete
  3. perdangangan~ menarik... ^^
    good luck for SPM... ;)

    ReplyDelete
  4. Dda Ly : memang seronokk . boleh buli jr . HAHA . Joke !

    preince : thanks . InsyaAllah .

    Si Kechik : Terima kaseh . doakan sye . :D

    ReplyDelete